UiTM, Jabatan Penjara dan MAIK bekerjasama anjur Program Fitrah Suci

Antara aktiviti yang dijalankan di PPA Machang.
Antara aktiviti yang dijalankan di PPA Machang.
A
A
A

MACHANG - Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) menganjurkan Program Fitrah Suci di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang di sini.

Program Fitrah Suci merupakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) UiTM yang turut menjadi pemangkin terhadap aktiviti keagamaan yang sedia dijalankan oleh pihak penjara.

Ketua Program Fitrah Suci UiTM dan PPA Machang, Che Bakar Che Mat berkata, program rintis itu mula diperkenal pada September 2017 dan berakhir 13 Februari lalu melibatkan 12 modul.

“Program terus berjalan sehingga kini dan sedang memasuki kumpulan ketiga selepas mendapat maklum balas yang baik dari peserta (banduan) maka ia telah dikembangkan ke penjara Sungai Petani, Kedah.

“Cadangan seterusnya adalah untuk dijalankan di Melaka. Diharap selepas mengikuti program ini peserta (banduan) dapat memperbaiki diri melalui konsep keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH seiring dengan kehendak Islam,” katanya.

Mengulas lanjut, Che Mat berkata, program itu dijalankan sebanyak dua kali sebulan dengan melibatkan seramai 100 peserta yang dipilih Jabatan Penjara Malaysia.

Artikel Berkaitan: