[VIDEO] Fazley Yaakob buat kejutan kepada 'rider' Grab Food

Paparan video yang menyaksikan Fazley sendiri melakukan kejutan hari jadi kepada Fakhrul dan menunaikan hajat Fakrul untuk berswafoto dengannya.
Paparan video yang menyaksikan Fazley sendiri melakukan kejutan hari jadi kepada Fakhrul dan menunaikan hajat Fakrul untuk berswafoto dengannya.
A
A
A

SHAH ALAM - Bukan sahaja hasrat untuk bergambar bersama Datuk Fazley Yaakob tercapai, namun seorang penghantar makanan Grab Food tidak menyangka cef selebriti itu sendiri membuat kejutan menghantar kek hari jadi kepadanya.

Sebelum ini penghantar makanan terbabit tular di media sosial kerana berhasrat untuk merakamkan gambar bersama Fazley namun terbantut disebabkan dia mematuhi peraturan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh syarikat terbabit ketika waktu bekerja.

Fazley melakukan kejutan kepada pekerja tersebut yang bernama Fakhrul dengan menghantar kek hari jadi kepada pemuda terbabit di pejabat syarikat e-hailing itu di Petaling Jaya.

Video kejutan hari jadi itu turut dimuat naik Fazley di Instagram miliknya.

Fazley menunaikan hajat Fakrul untuk berswafoto dengannya dan reaksi netizen yang berbangga dengan apa yang dilakukan cef selebriti itu.
Fazley menunaikan hajat Fakrul untuk berswafoto dengannya dan reaksi netizen yang berbangga dengan apa yang dilakukan cef selebriti itu.

"Apa saya buat, saya contact @grabmy & @grabfoodmy untuk bantu pertemukan kami berdua. Saya dan team @sukasucrebistro juga menyiapkan kek sempena hari jadi beliau yang baru berlalu.

"Bila dah jumpa tadi, dia sangat-sangat gementar kerana yang dia mahukan hanyalah berswafoto, tapi saya datang sendiri bawa kek buat beliau. Dia siap minta peluk lama sikit tadi..Hahaa.

"Apa yang lebih menarik ialah saya juga baru tahu hari ini, beliau juga dikenali sebagai Ustaz Along, seorang graduan jurusan keagamaan dari Timur Tengah. Tahniah dan terima kasih @mhmdfkhrazzi," tulis Fazley di Instagramnya.

Artikel Berkaitan:

Antara reaksi netizen yang berbangga dengan apa yang dilakukan oleh Fazley
Antara reaksi netizen yang berbangga dengan apa yang dilakukan oleh Fazley

Perkongsian video oleh Fazley yang berdurasi 1 minit 41 saat itu kini tular di media sosial yang meraih 80,000 tontonan dan rata-rata netizen memuji dengan tindakan yang dilakukan oleh cef selebriti tersebut.

"Wow bestnya dia, kalau orang baik dan ikhlas buat kerja, ALLAH akan balas dengan bermacam-macam cara kan. Terbaik Datuk Fazley, semoga Datuk sentiasa dimurahkan rezeki oleh ALLAH," kata Ahmad Adam.

Manakala Mohd Razi menulis " Datuk Fazley memang sempoi..Datuk telah menggembirakan seorang peminat datuk dan apa yang Datuk lakukan ini memang terbaik dan seharusnya menerima pujian."