Rampasan wang palsu dua kotak bukan di Perlis: Kastam

Wan Nor
Wan Nor
A
A
A

PADANG BESAR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis mengesahkan video yang memaparkan sejumlah dua kotak wang palsu yang dirampas dari pelancong Cina seperti mana tular di laman sosial sejak semalam adalah kejadian pada tahun 2017.

Pengarah Kastam Perlis, Wan Nor Wan Mamat berkata, kejadian yang dirakam dalam video berdurasi satu minit itu juga tidak berlaku di pintu sempadan negeri itu.

Wan Nor berkata, pihaknya mengesan satu video tular yang dikatakan mula dimuat naik menerusi sebuah laman Facebook sejak semalam.

Wang yang tular
Wang yang tular

Video berkenaan memaparkan sejumlah wang kertas RM50 dan RM100 yang ditemui disorok dalam kotak di atas sebuah bas persiaran.

Menerusi keterangan yang tular bersama video itu, bas persiaran terbabit membawa masuk pelancong dari Cina untuk membeli-belah di negara ini.

Namun begitu, Wan Nor berkata, pihaknya akan sentiasa melipat gandakan penguatkuasaan di pintu sempadan baik sebelum atau selepas video tular terbabit.

Artikel Berkaitan: