Saya 'diarah' jangan umum calon hari ini: Ahmad Zahid

Zahid berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN PRK Parlimen Tanjung Piai hari ini.
Zahid berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN PRK Parlimen Tanjung Piai hari ini.
A
A
A

PONTIAN - [DIKEMASKINI] Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa beliau 'diarahkan' untuk tidak mengumumkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai hari ini.

Bagaimanapun, beliau hanya memberi 'hint' bahawa calon BN merupakan anak tempatan.

"Insya-ALLAH, anak tempatan tetapi (Pengerusi BN Johor), Datuk (Ir) Hasni (Mohammad) 'mengarahkan' saya jangan umum calon hari ini.

"Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong juga tidak mengalah, bisik pada saya, jangan umum dulu," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN PRK Parlimen Tanjung Piai di sini hari ini.

Tindakan BN yang masih berteka-teki tanpa sebarang pengumuman rasmi berhubung calonnya menyebabkan ramai pihak tertanya-tanya sama ada BN akan mempertaruhkan calon dari UMNO atau MCA, 16 November ini.

Parlimen Tanjung Piai merupakan kerusi tradisi MCA dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, calon BN dari MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng kalah tipis kepada calon Pakatan Harapan (PH) dari Bersatu, Datuk Dr Md Farid Md Rafik dengan majoriti 524 undi.

Sementara itu, PH mengumumkan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66, sebagai calon PH untuk PRK Tanjung Piai.

Artikel Berkaitan:

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PH Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis mengumumkan calon dan pelancaran jentera PH PRK di Dewan Hai Kee di Pontian hari ini.