[VIDEO] PRK Tanjung Piai: Arkitek calon PH

Karmaine (tiga dari kanan) diumumkan sebagai calon Bersatu bagi mewakili PH pada PRK Tanjung Piai.
Karmaine (tiga dari kanan) diumumkan sebagai calon Bersatu bagi mewakili PH pada PRK Tanjung Piai.
A
A
A

PONTIAN - Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini yang juga seorang arkitek diumumkan sebagai calon Parti Pribumi Bersatu ( Bersatu) yang mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Pengumuman itu dibuat Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyidin Yassin pada majlis memperkenalkan calon dan pelancaran jentera PH bagi PRK Tanjung Piai di Dewan Hai Kee di sini sebentar tadi.

Karmaine, 66, merupakan anak tempatan pernah menjadi guru sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Teluk Kerang, Pontian ( 1973- 1977) sebelum meneruskan pelajaran dalam bidang seni bina seterusnya berkhidmat sebagai arkitek di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (1980-2000).

Beliau merupakan penggerak awal Bersatu di Tanjung Piai sebelum PRU14 bersama Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai.

Karmaine pernah bertanding pada PRU14 di Parlimen Pontian menentang Datuk Seri Ahmad Maslan ( BN) namun tewas dengan majoriti 833 undi.

Beliau seterusnya dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pelajaran Johor ( YPJ) awal tahun ini.

Artikel Berkaitan: