Banduan di Riau tidur seperti kelawar

Tahanan tidur seperti kelawar. - Detik.com
Tahanan tidur seperti kelawar. - Detik.com
A
A
A

RIAU - INDONESIA. Tidur bak kelawar. Itulah nasib menimpa banduan di Penjara Bagansiapiapi, Riau, gara-gara kepadatan di dalam penjara.

Penjara yang sepatutnya memuatkan 98 tahanan namun kini ia telah menempatkan hampir 800 orang.

Banduan terpaksa mencari alternatif menggunakan kain pelekat dengan mengikatnya di jeriji besi sebagai buaian untuk dijadikan tempat tidur mereka.

Itu sahaja langkah yang dirasakan terbaik untuk memiliki ruang sendiri meskipun tidak selesa.

Menurut Ketua Penjara Bagan, Jufri Ja'bar, ia berlaku kerana semua penjara telah penuh termasuk pusat tahanan.

"Kita tidak mahu menolak tahanan kerana semua tempat sama sahaja. Ada juga keluarga meminta menempatkan ahli keluarga di sini kerana lebih dekat dengan alasan anak sakit. Jadi kita menjadi serba salah.

"Apa yang penting adalah selamat, itu sudah cukup bagus," katanya. - Detik.com

Artikel Berkaitan: