X

Kindly register in order to view this article
!

Jauhi pepasangan TNB yang terjejas

TNB
A
A

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan menjauhi pepasangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang tumbang akibat cuaca buruk atau digenangi air berikutan musim hujan sebagai langkah keselamatan dan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab Rahman berkata, pepasangan TNB yang terjejas akibat cuaca buruk dan musim tengkujuh boleh mengakibatkan renjatan elektrik sekiranya disentuh.

"Justeru, ibu bapa terutamanya perlu mengawasi tindak tanduk anak-anak agar tidak menghampiri pepasangan yang tumbang bagi mengelak risiko renjatan arus elektrik yang masih mengalir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, paras air yang meningkat secara tiba-tiba juga boleh mengundang risiko renjatan pada pepasangan elektrik dan orang ramai diminta menghubungi segera TNB bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Sila hubungi pejabat TNB yang berdekatan, TNB CareLine 15454 atau Facebook TNB Careline jika ternampak pepasangan TNB teralih atau tumbang.

"Dalam situasi tersebut, TNB akan menghentikan bekalan elektrik untuk sementara waktu bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin," katanya.

Roslan pada masa sama turut memaklumkan TNB pada kebiasaannya menerima banyak panggilan gangguan elektrik akibat cuaca buruk.

“Justeru, kami mungkin memerlukan lebih masa untuk menangani setiap aduan. Kesabaran pengguna sementara TNB berusaha memulihkan bekalan elektrik amat dihargai,” katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf