Dewan ulama Pas sokong DAP diharamkan

Nik Muhammad Zawawi Salleh
Nik Muhammad Zawawi Salleh
A
A
A

SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung kewajaran DAP diharamkan.

Ketuanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, ini kerana banyak kenyataan dikeluarkan pemimpin parti itu membelakangi semangat Perlembagaan.

“DUPP mengecam sikap dan tindakan DAP yang membelakangi semangat Perlembagaan dan tidak menghormati kontrak sosial 1948 yang selama ini menjadi tonggak kepada perpaduan antara kaum di negara ini.

“Terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan pimpinan parti itu yang biadab serta mengguris perasaan rakyat Malaysia khususnya Melayu dan bumiputera.

“Jelas sikap DAP yang rasis dan bermusuhan kerana pendiriannya yang anti Islam apabila mempertikai dan mengkritik apa sahaja usaha yang membawa kepada penyatuan ummah khususnya melibatkan Pas dan UMNO dengan melemparkan label yang tidak sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, beberapa pendirian dangkal pernah dibuat DAP juga membuktikan betapa rasisnya parti itu dan boleh mengundang kerosakan lebih teruk jika dibiarkan berterusan tanpa diambil tindakan tegas.

Terdahulu, Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini mengemukakan tiga bukti yang menganggap DAP mempunyai agenda politik bahaya dan perlu diharamkan.

Katanya, beberapa isu kontroversi telah dibangkitkan DAP akhir-akhir ini antaranya melibatkan ucapan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berhubung Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan penerbitan komik bertajuk Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama.

ARTIKEL BERKAITAN Pas kemuka tiga bukti kenapa DAP wajar diharamkan

Artikel Berkaitan: