Tiada iklan temuduga di WhatsApp: TNB

TNB
TNB
A
A
A

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan tidak mengiklankan temuduga terbuka jawatan Konstabel Polis Bantuan seperti yang tular di aplikasi WhatsApp.

Dalam kenyataannya hari ini, TNB menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan iklan berkaitan temuduga terbuka berkaitan jawatan itu.

TNB berkata, pihaknya tidak menggunakan saluran aplikasi WhatsApp atau pihak ketiga untuk mengiklankan kekosongan jawatan.

“Untuk makluman, pengambilan warga kerja TNB adalah dibuat menerusi iklan di laman web TNB https://www.tnb.com.my/about-tnb/ >>ELECTRIFYINGCAREERS atau https://jobs.tnb.com.my.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak berkongsi iklan palsu berkenaan dan setakat ini, mesej tersebut dikesan tular di negeri Perak,” kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: