163 mangsa banjir dipindahkan di Jelebu

No Image Caption
A
A
A

JELEBU - Seramai 163 mangsa daripada 47 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) di sini selepas kediaman mereka ditenggelami air ekoran hujan lebat, tengah malam semalam.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Jelebu berkata, kesemua PPS itu melibatkan Masjid Kampung Poum, Dewan Orang Ramai Kampung Chennah, Balai Raya Kampung Juntai, Balai Raya Simpang Durian dan Masjid Kampung Jerang.

"Kesemua pusat pemindahan itu mula dibuka antara jam 11.30 malam sehingga jam 4.30 pagi tadi.

"Sehingga pagi ini, keadaan paras air masih tinggi lagi. Pemantauan masih dilakukan dan cuaca semasa ketika ini adalah baik," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Antara kampung terjejas ialah Kampung Telekong membabitkan 21 mangsa; Kampung Chennah (20); Kampung Juntai (31); Kampung Simpang Durian (54) dan Kampung Jerang (37). - Bernama

Artikel Berkaitan: