PH bentuk kerajaan tanpa Bersatu hanya pendapat peribadi, kata Wan Azizah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail -Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail -Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu bahawa Pakatan Harapan (PH) boleh membentuk kerajaan tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah pandangan peribadi beliau, kata Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, gabungan itu masih berpegang kepada janji bersama empat parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Bersatu, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam membentuk kerajaan.

“Apa yang diperkatakan oleh Ronnie adalah beliau cuma memberi pendapat sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Mewajibkan Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak di Makmal Ujian Perlanggaran MIros PC3 di sini hari ini.

Semalam, Ronnie yang merupakan Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek menyatakan gabungan PH akan kekal kukuh sebagai kerajaan walaupun tanpa Bersatu serta mendakwa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengejar model Barisan Nasional yang mempunyai parti dominan Melayu untuk mengawal pakatan itu.

Hari ini Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke dilaporkan berkata, DAP akan merujuk Ronnie kepada Majlis Presiden PH dan Jawatankuasa Disiplin DAP berhubung kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: