Pegawai MDKK maut kemalangan

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan dada.
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan dada.
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang pegawai Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Sultan Yahya Petra, berhadapan Pasar Besar di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, mangsa, Baharun @ Wan Azmi Wan Ibrahim, 51, beralamat di Kampung Baru Sungai Durian di sini meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, hasil siasatan awal mendapati, pemandu kereta jenis Proton Exora, Mustafa Kassim, 55, beralamat di Kampung Kubang Lebur, di sini keluar dari Pasar Besar Kuala Krai selepas menikmati sarapan.

"Apabila tiba di simpang empat, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150, datang dari arah kiri jalan dan melanggar kenderaan terbabit.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan: