Kate Middleton anggun gayakan busana Pakistan

Kate menggayakan busana itu ketika melawat Masjid Badshahi yang terletak di Bandar Lahore, Pakistan bersama suaminya dan berada di Pakistan selama lima hari.
Kate menggayakan busana itu ketika melawat Masjid Badshahi yang terletak di Bandar Lahore, Pakistan bersama suaminya dan berada di Pakistan selama lima hari.
A
A
A

KEANGGUNAN Duchess of Cambridge, Kate Middleton mengayakan busana tradisional Pakistan, Shalwar Kameez mencuri perhatian netizen.

Kate bersama suaminya, Putera William berada di Pakistan ketika mengadakan siri lawatan kerajaan Amerika Syarikat ke negara itu baru-baru ini.

Ibu tiga anak ini cukup manis dengan selendang yang menutup bahagian kepala, melengkapkan penggayaan dupatta berwarna hijau turqoise itu.

Kate
Kate

Busana cukup elegan itu adalah hasil rekaan pereka Pakistan, Maheen Khan yang diumumkan di laman sosial Twitter.

“Saya berbesar hati dapat menyiapkan rekaan ini untuk Duchess,” ciapnya.

Beliau dan pasukannya menggunakan material jenis chiffon yang dilengkapi dengan sulaman Phulkari iaitu seni berbentuk geometri yang lazimnya digunakan oleh penduduk tempatan di Chitral.

“Saya gembira melihat Permaisuri Kate mengenakan dupatta, kelihatan baginda cukup selesa,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Baginda menggayakan busana itu ketika melawat Masjid Badshahi yang terletak di Bandar Lahore, Pakistan bersama suaminya dan berada di Pakistan selama lima hari.

Perkongsian Maheen Khan itu tular di media sosial dan rata-rata netizen mengagumi kecantikan Puteri Kate Middleton yang sama cantik dengan mendiang ibu mentuanya, Puteri Diana.