Putera William bimbang dengan Harry, Meghan

Dua daripada kiri: Meghan dan Harry nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa tabloid di Britain. - Foto AGENSI
Dua daripada kiri: Meghan dan Harry nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa tabloid di Britain. - Foto AGENSI
A
A
A

LONDON - Pewaris takhta Britain, Putera William khuatir dengan keadaan adiknya, Putera Harry dan isteri, Meghan Markle selepas pasangan terbabit mendedahkan kesukaran hidup mereka yang mendapat perhatian dunia.

Sumber istana memaklumkan Duke dan Duchess of Sussex terbabit kini berada dalam situasi sangat 'rapuh' hingga mencetuskan kebimbangan abangnya.

"Beliau berharap semoga Putera Harry baik-baik sahaja," katanya.

Sejak beberapa bulan lalu, pewaris keenam takhta Britain itu telah mengeluarkan beberapa kenyataan penuh emosi tentang tindakan akhbar tabloid ke atas keluarganya dan turut mengambil tindakan undang-undang sebagai respons terhadap perbuatan 'buli' oleh beberapa media.

Ahad lalu, menerusi dokumentari yang merakamkan lawatan pasangan terbabit ke Afrika baru-baru ini dan disiarkan saluran ITV, Harry menegaskan beliau tidak mahu jadi 'mangsa buli' media yang telah menyebabkan ibunya, Puteri Diana terbunuh dalam nahas kereta ketika melarikan diri daripada paparazi di Paris pada 1997.

Puteri Diana menjadi salah seorang individu yang sering menjadi tumpuan lensa jurugambar selepas beliau berkahwin dengan Putera Charles pada 1981.

Dalam dokumentari sama, Meghan yang juga bekas aktres di Amerika memberitahu beliau pernah diberi amaran supaya tidak mengahwini Putera Harry kerana pengaruh buruk tabloid di Britain. - Agensi

Artikel Berkaitan: