'Rare beg sandang pakcik ni...'

Iguana ronda-ronda Ipoh tular di media sosial.
Iguana ronda-ronda Ipoh tular di media sosial.
A
A
A

IPOH - Meskipun wajah menyeramkan namun haiwan iguana juga boleh dijadikan binatang peliharaan malah dikatakan sangat manja.

Ini merujuk kepada satu perkongsian video di muat naik di Twitter @jack_immortal97.

Menerusi paparan video durasi sembilan saat itu, memaparkan haiwan eksotik ini 'melekat' di badan seorang penunggang motosikal hingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Pada hantaran sama, @jack_immortal97 menciap statusnya "Ni memang rare guys"

Kata @ridzuannoorman, dia sering terserempak dengan lelaki berusia itu menunggang motosikal dan tidak lupa 'beg sandangnya' iaitu iguana.

"Uncle (pakcik) ini memang selalu bawa jalan-jalan 'menatang' (iguana) dia. Aku dalam perjalanan balik bekerja pun terkejut. Ingat beg sandang," ciapnya.

Dalam pada itu, @izzuddinaffandi dalam nada berseloroh berkata, "Mujur tak lompat, mau berterabur lari ye yob"

Sementara itu, ciap @delaila110, haiwan itu mudah dipelihara dan sumber makanan juga mudah didapati namun jika lari, ia sukar untuk dikejar.

Artikel Berkaitan:

"Iguana ni kalau bela senang je. Makan senang. 'Stay' tak gerak gerak. Sekali bila dia lari. Adui, tak cukup tanah nak kejar," katanya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menyifatkan lelaki itu amat menyayangi haiwan peliharaannya itu kerana dianggap seperti rakan karib dan sering dilihat meronda bandar Ipoh.

Perkongsian video yang tular di media sosial meraih lebih 152,400 tontonan dari netizen.