KSBC raih gelaran sulung ACPLJ

Yuro Kisaka (berbaju polo) menyampaikan trofi kejuaraan AEON Credit Purple League Junior 2019 kepada pemain Kuantan Synergy BC pada majlis penutup dan penyampaian hadiah di Sports Arena Sentosa petang tadi.
Yuro Kisaka (berbaju polo) menyampaikan trofi kejuaraan AEON Credit Purple League Junior 2019 kepada pemain Kuantan Synergy BC pada majlis penutup dan penyampaian hadiah di Sports Arena Sentosa petang tadi.
A
A
A

Pendatang baru, Kelab Badminton Kuantan Synergy (KSBC) berada di kelas tersendiri apabila meraih gelaran AEON Credit Purple League Junior (ACPLJ) 2019 dengan rekod bersih sejurus berakhirnya saingan Divisyen 1 di Sports Arena Sentosa, hari ini.

Mendahului seawal pusingan pertama di Sports Arena Falim, Ipoh, kelab bimbingan ketua jurulatih, Azman Amman itu meneruskan dominasi mereka sehingga pusingan ketiga dan terakhir di Sports Arena Sentosa, dengan rentetan kecemerlangan lapan kemenangan berturut-turut.

Kejayaan KSBC menandakan kali kedua berturut-turut gelaran Divisyen 1 dirangkul oleh pasukan yang baru dinaikkan daripada Divisyen Dua selepas juara musim lalu, Kelab Badminton Bukit Cheras (BCBC).

KSBC tidak berdepan masalah menundukkan lawan mereka, Cheras BC (15-2) diikuti kejayaan ke atas Bandar Maharani BC (12-8) yang mana perlawanan menentang Bandar Maharani adalah penentuan juara akan menjulang kejuaraan ACPLJ musim kelima.

“Saya sebenarnya terkedu memandangkan kami adalah pasukan yang baru dinaikkan daripada Divisyen Dua ke Divisyen Satu. Pemain Kuantan Synergy bekerjasama sepanjang musim pertama kami di Divisyen Satu.

“Kesemua pemain menampilkan semangat luar biasa. Walaupun kami budak baru di Divisyen Satu, saya berkata kepada mereka bahawa mereka mampu untuk meraih gelaran Divisyen Satu,” kata Azman ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.

Kejayaan KSBC membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 manakala naib juara, Kepong BC berpuas hati dengan RM20,000.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Kelab Badminton Ayer Itam (Ayer Itam BC) turut menamatkan rentetan kecemerlangan mereka, tujuh kejayaan berturut-turut untuk meraih gelaran Divisyen Dua.

Kejayaan ini membolehkan mereka menempah tiket automatik ke Divisyen Satu selain hadiah wang tunai RM5000.

Mengiringi mereka adalah Kelab Badminton Klang Rising yang muncul naib juara. Kelab berpangkalan Selangor itu turut membawa pulang RM3000.

Pengarah Urusan AEON Credit Service, Yuro Kisaka berkata: “Sebagai warga korporat yang percaya dengan misi untuk membangunkan modal insan, kami berbangga untuk membantu dalam misi mencungkil bakat baru sukan badminton menerusi kejohanan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Purple League, Datuk Jack Koh juga menyatakan rasa puas hati terhadap penganjuran edisi kelima tahun ini.

“Badminton masih sukan yang popular di negara ini. Sejumlah 79 perlawanan dilangsungkan membabitkan 22 pasukan daripada Divisyen Satu, Dua dan juga Divisyen Tiga yang baru diperkenalkan musim ini."

No Image Caption

PUSINGAN AKHIR ACPLJ2019

KEPUTUSAN

Divisyen Satu

Bukit Cheras BC 8-12 Amanjaya BC

Rawang BC 14-6 Petaling BC

Kepong BC 10-8 Bandar Maharani BC

Kuantan Synergy BC 15-2 Cheras BC

Kuantan Synergy BC 12-8 Bandar Maharani BC

Kepong BC 13-4 Petaling BC

Rawang BC 12-4 Amanjaya BC

Bukit Cheras BC 9-10 Ampang Jaya BC

Divisyen Dua

Damansara BC 12-7 Ipoh BC

Serdang BC 15-4 PGBC

Desa Petaling BC 6-10 Klang Rising BC

Ayer Itam BC 12-7 Tebrau City BC