Alonso selamatkan The Blues

Marcos Alonso (kanan) meraikan gol kemenangan Chelsea bersama Callum Hudson-Odoi selepas menewaskan Newcastle United,1-0 awal pagi tadi. - Foto Reuters
Marcos Alonso (kanan) meraikan gol kemenangan Chelsea bersama Callum Hudson-Odoi selepas menewaskan Newcastle United,1-0 awal pagi tadi. - Foto Reuters
A
A
A

JARINGAN tunggal Marco Alonso berjaya meneruskan rentak cemerlang Chelsea dengan melakarkan kemenangan ketiga berturut-turut selepas mengatasi Newcastle United, 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Begitupun The Blues terpaksa menunggu sehingga babak kedua perlawanan sebelum Alonso berjaya memecah kebuntuan gol pada minit ke-73 sekali gus mencetak namanya selaku penjaring buat Chelsea musim ini.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Frank Lampard melonjak dua anak tangga di kedudukan ketiga liga dengan berkongsi 17 mata bersama Leicester City (kedua) dengan kelebihan jaringan selepas mengharungi sembilan perlawanan dan ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Liverpool.

Beraksi di babak pertama masing-masing buntu dalam mencari jaringan, namun The Blues yang mendominasi perlawanan terlebih dahulu mencemaskan gawang Newcastle menerusi percubaan Mason Mount pada minit ke-19 diikuti Alonso pada minit ke-42.

Chelsea mendapat peluang kedua pada minit ke-53, namun rembatan Callum Hudson-Odoi berjaya disekat benteng pertahanan The Magpie sebelum sepakan penjuru Mount gagal disudahkan dengan cemerlang Kourt Zouma di depan gawang lawan.

Pada minit ke-66, penjaga gawang Newcastle, Martin Dubravka bertindak cemerlang menafikan hajat The Blues meraih jaringan lebih awal apabila menyekat rembatan jarak dekat Christian Pulisic sebelum tewas kepada Alonso ketika perlawanan berbaki 17 minit sebelum tamat perlawanan.

Berikut keputusan lima lagi perlawanan lain yang berakhir awal pagi tadi:

Aston Villa 2 (Grealish 45+2, Targett 90+4) lwn Brighton 1 (Webster 21)

Artikel Berkaitan:

Bournemouth 0 lwn Norwich 0

Leicester 2 (Vardy 45, Tielemans 74) lwn Burnley 1 (Wood 26)

Tottenham 1 (Alli 86) lwn Watford 1 (Doucoure 6)

Wolves 1 (Jimenez 61) lwn Southampton 1 (Ings 53)