Zarina, madu dan ibunya tunai umrah

A
A

PELAKON dan usahawan Zarina Zainuddin berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadat umrah bersama ibunya Zahura, anak lelaki Muhammad Raizal Azrai dan madunya Datin Seri Hajah Norhasimah hari ini.

Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon berusia 48 tahun itu mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua kenalan.

"Assalamualaikum, saya ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki di atas segala dosa dan kesilapan saya sama ada dari segi percakapan atau perbuatan.

"Saya bersama madu saya Datin Seri Hajah Norhasimah Mohd Noor, ibu saya Zahura binti Abdul Mutalib dan anak saya Muhammad Raizal Azrai bin Abu Raihan akan ke Makkah menunaikan umrah bersama saudara jemaah yang lain. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik dan mendapat umrah yang mabrur," tulisnya.

Zarina turut memuat naik video anaknya, Muhammad Raizal yang sedang membaca surat ibunya g meminta maaf kepada orang ramai jika ada mengguris perasaan.

Rata-rata rakan selebriti dan pengikut di Instagram mendoakan perjalanan mereka sebagai tetamu Allah berjalan lancar.

Tulis inun_alydrus " Semoga diberi kemudahan dan kelancaran dalam ibadah kakak sayang, amalan diterima oleh ALLAH, Amin.

Abby Abadi juga mendoakan rakannya dengan menulis, "Semoga sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH untuk kakak Zarina dan rombongan. Mabrur kakak, Insyallah. Doakan untuk bayi Daniel saya ye kakak."