Kurang aktiviti ekonomi punca penyeludupan

Ruzaini Rais
Ruzaini Rais
A
A
A

PADANG BESAR - Kekurangan aktiviti ekonomi pada waktu malam menyumbang kepada punca berlakunya aktiviti penyeludupan.

Exco Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis, Ruzaini Rais berkata, aktiviti ekonomi di Padang Besar akan tamat pada jam 9 malam dan sekitar jam 10 malam keadaan mulai sunyi seperti pekan mati.

"Situasi ini memberi peluang kepada golongan yang tidak bertanggungjawab melakukan penyeludupan.

"Sekiranya tempoh operasi pintu sempadan ini dilanjutkan hingga tengah malam atau untuk 24 jam ia juga boleh mengurangkan aktiviti penyeludupan," katanya ketika sidang media di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Berseri di sini semalam.

Menurutnya, walaupun tindakan telah diambil namun aktiviti penyeludupan itu masih berleluasa.

"Perbincangan perlu dilakukan antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri bagi memajukan Padang Besar.

"Aktiviti ekonomi yang pesat bersebelahan sempadan boleh menghalang kepada penyeludupan. Saya yakin aktiviti menyeludup tidak akan selesai selagi langkah membangunkan ekonomi tidak diambil," katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan klip rakaman video berkaitan aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan negara akibat perbuatan rasuah sejak 2017.

Artikel Berkaitan: