X

Kindly register in order to view this article
!

Tunku Azizah berkenan hadir larian santai KL Pink October Walk 2019

Tunku Azizah berkenan menyertai larian santai 'KL Pink October Walk 2019' di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Foto: Bernama 

A
A

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pagi ini berkenan melepaskan peserta larian santai KL Pink October Walk 2019.

Tunku Azizah tiba di pekarangan Hospital Kuala Lumpur sekitar jam 7.30 pagi dengan berpakaian sukan berwarna merah jambu turut serta berjalan sejauh satu kilometer bersama lebih 2,000 peserta yang mula tiba di lokasi berkenaan sejak jam 6.45 pagi tadi.

Larian santai sejauh lima kilometer secara keseluruhan itu adalah sebahagian kempen kesedaran kanser payudara yang disambut ​di seluruh dunia ​pada setiap Oktober.

Sementara itu, reruai yang menawarkan perkhidmatan pemeriksaan saringan kanser payudara turut dikunjungi Tunku Azizah bersama anakanda, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah sebaik baginda menamatkan larian santai tersebut.

Lebih menarik, Tunku Azizah tidak ketinggalan menghilangkan dahaga dengan menikmati air milo dari van yang disediakan penganjur bersama peserta sambil berkongsi cerita mengenai larian santai yang disertai mereka.

Usai melawat reruai dan bertemu peserta, Tunku Azizah kemudian berkenan mencemar duli berangkat melawat wad radioterapi dan onkologi HKL, sebelum meluangkan masa selama hampir satu jam beramah mesra dengan 45 pesakit di wad berkenaan.

Selain bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat kepada pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan, Tunku Azizah turut menceriakan pesakit dengan menyampaikan beg cenderahati disediakan penganjur. ​​

Kehadiran Tunku Azizah dan anakanda baginda di acara larian santai dan wad tersebut diiringi Pengarah HKL Datuk Heric Corray, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi KL Pink Oktober Walk, Dr Ros Suzanna Bustaman. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf