Pembebasan Yazid Sufaat belum muktamad: Muhyiddin

Muhyiddin (kanan) menyerahkan tongkat kepada anggota Rela ketika Majlis Rela Bersama Pemimpin di Dewan Jubli Intan, Sultan Ibrahim di sini hari ini.
Muhyiddin (kanan) menyerahkan tongkat kepada anggota Rela ketika Majlis Rela Bersama Pemimpin di Dewan Jubli Intan, Sultan Ibrahim di sini hari ini.
A
A
A

PONTIAN- Pembebasan anggota militan, Yazid Sufaat, 55, yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Keganasan (POTA) kerana mempunyai kaitan dengan serangan 11 September 2001di Amerika Syarikat (AS) masih belum dimuktamadkan Lembaga Pencegahan Terorisme.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Lembaga Pencegahan Terorisme akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat dengan penilaian dibuat terhadap segala aspek sebelum pembebasan dibuat.

"Terdapat prosedur yang perlu diteliti terlebih dahulu sama ada berkelakuan baik sepanjang tahanan atau tidak.

"Saya tidak boleh buat keputusan sebelum mesyuarat lembaga diadakan," katanya pada sidang akhbar pada Majlis Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Pontian Bersama Pemimpin di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Rela Malaysia, Zulkifli Abidin.

Anggota Rela mengangkat sepanduk tanda penghargaan di atas kenaikan elaun pada majlis Rela Bersama Pemimpin di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Pontian, di sini hari ini.
Anggota Rela mengangkat sepanduk tanda penghargaan di atas kenaikan elaun pada majlis Rela Bersama Pemimpin di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Pontian, di sini hari ini.

Singapore Straits Times hari ini melaporkan Yazid kemungkinan akan dibebaskan daripada tahanan bulan depan.

Yazid, ahli biokimia yang mendapat latihan di AS kini ditahan di penjara Simpang Renggam, Johor selama dua tahun di bawah Akta POTA.

Artikel Berkaitan:

Akta berkenaan membenarkan suspek ditahan tanpa dibicarakan selama dua tahun.

Terdahulu, seramai kira- kira 1,000 anggota Rela Pontian hadir ke Majlis Bersama Pemimpin dan seterusnya menyatakan penghargaan kepada kerajaan kerana menaikkan elaun mereka.

Kerajaan melalui Belanjawan 2020 mengiktiraf peranan Rela apabila meluluskan kenaikan elaun anggota Rela sebanyak RM2 sejam mulai Januari tahun depan.