AS umum tarik diri dari Unesco

Pejabat Unesco di Paris.- Foto jpost.com
Pejabat Unesco di Paris.- Foto jpost.com
A
A
A
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan akan menarik diri dari Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), ia menuduh badan dunia itu sebagai anti Israel yang berat sebelah.

Jurucakap Jabatan Negara, Heather Naubert berkata, AS akan menubuhkan misi pemerhatian’l bagi menggantikan perwakilannya di pertubuhan yang berpangkalan di Paris itu.

Dalam pada itu, Israel menganggap keputusan AS sebagai berani dan menuduh Unesco menjadi pertubuhan yang membuat cerita karut.

“Perdana menteri mengarahkan Kementerian Luar Negara untuk bersedia menarik diri dari pertubuhan itu bersama AS,” kata pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Unesco, Irina Bokova menyifatkan penarikan diri AS di saat berlakunya konflik berterusan yang menghancurkan komuniti dunia adalah perkara yang mengecewakan. - Agensi
Artikel Berkaitan: