Warga Indonesia didakwa sogok anggota JPJ

Tertuduh diiringi pegawai SPRM keluar dari mahkamah selepai selesai sebutan kesnya, hari ini
Tertuduh diiringi pegawai SPRM keluar dari mahkamah selepai selesai sebutan kesnya, hari ini
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Seksyen hari ini atas tuduhan memberi rasuah sebanyak RM107 kepada pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tertuduh, Amirullah, 22, didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 12.15 tengah hari di tepi Jalan Lon D Element, Genting Highlands, 12 Oktober lalu.

Ia sebagai dorongan kepada pembantu penguatkuasa dari Stesen Penguatkuasa JPJ Karak itu untuk tidak diambil tindakan selepas ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 90 (22) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan kenderaan tanpa cukai jalan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut jumlah yang paling tinggi.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Pertuduhan yang dibacakan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Faisal Ibrahim di hadapan Hakim Siti Aminah Mohd Ghazali.

Mahkamah menetapkan 5 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan jurubahasa Indonesia.

Tertuduh ditawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia dan pasportnya perlu diserahkan kepada mahkamah.

Artikel Berkaitan: