Presiden Filipina cedera jatuh motosikal

Rodrigo Duterte
Rodrigo Duterte
A
A
A

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengalami kecederaan pada bahagian pinggul dan kesan calar pada siku serta lutut akibat kemalangan motosikal, menurut pembantu kanan beliau hari ini.

Salvador Panelo memaklumkan kejadian itu berlaku di pekarangan Istana Presiden Malacanang semalam.

Insiden itu berlaku 10 hari selepas Duterte, 74, mendedahkan beliau menderita myasthenia gravis atau penyakit autoimun yang berpotensi menyebabkan komplikasi serius.

"Beliau terjatuh daripada motosikal 650cc itu selepas melalui selekoh tajam.

"Keadaannya bagaimanapun tidak serius dan beliau kini sedang berehat di Istana Presiden," katanya.

Keadaan kesihatan Duterte terus mencetuskan spekulasi sejak beliau mengambil alih jawatan pada 2016 berikutan pemimpin terbabit sering tidak menghadirkan diri dalam beberapa acara dan mesyuarat.

Sebelum ini, beliau pernah mendedahkan tentang pengambilan ubat tahan sakit paling kuat, fentanyl kerana kecederaan tulang belakang yang dialaminya akibat kemalangan motosikal sebelum ini. - Agensi

Artikel Berkaitan: