Penumpang kecewa diberi makanan vegeterian menyedihkan

FB:Gambar hidangan itu kemudian dikongsikan ke akaun Twitter miliknya

A
A
A
VANCOUVER - Melalui penerbangan jarak jauh yang panjang boleh menyebabkan rasa penat dan stres.

Makanan yang dihidangkan di dalam pesawat menjadi sangat penting dalam tempoh itu.

Bagaimanapun, seorang penumpang penerbangan British Airways Carolyn Saunders baru-baru ini menyelar syarikat penerbangan itu apabila hidangan vegetarian 'benar-benar menyedihkan' dihidangkan ketika dia dalam perjalanan dari Vancouver ke London Heathrow.

Gambar hidangan itu kemudian dikongsikan di Twitter miliknya.

"British Airways ini adalah makanan vegetarian yang menyedihkan diberi kepada saya dalam penerbangan yang panjang.
Artikel Berkaitan:


"Sanggup kamu makan? Tauhu kosong dengan nasi dan jagung muda dalam tin?

"Kenapa anda berfikir vegetarian tidak suka makanan? Tolong lakukan lebih baik," tulisnya.

Sementara itu British Airways turut memberi maklum balas dan mengakui makanan itu amat menyedihkan serta berjanji akan menyelidik perkara itu. - Agensi