X

Kindly register in order to view this article
!

Kit Siang gesa UM tarik semula laporan polis terhadap graduan

Graduan Universiti Malaya (UM) yang protes di pentas majlis istiadat konvokesyen tular di media sosial baru-baru ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Abdul Rahim Hashim menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap graduan, Wong Yan Ke, 23, di atas tindakannya membuat protes baru-baru ini.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, Abdul Rahim perlu bertindak sedemikian dan berhenti menyasarkan aktivis pelajar yang melakukan protes.

“Abdul Rahim patut menarik semula laporan polis yang dibuat pihak universiti dan berhenti menyasarkan aktivis pelajar yang melakukan protes, sebaliknya beliau sepatutnya mengambil langkah-langkah yang bersesuaian untuk menangani isu yang berbangkit," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga sebelum ini mempertahankan hak pelajar untuk berdemonstrasi, namun berpandangan bahawa majlis konvokesyen bukanlah tempat yang sesuai untuk melakukan protes berkenaan.

Maka katanya, sebarang protes yang berlaku dalam majlis konvokesyen universiti atau hal yang berkaitan sepatutnya ditangani selari dengan semangat tersebut dan bukan dengan cara keras yang akan memburukkan nama baik UM.

“Kegagalan Abdul Rahim untuk mempromosikan toleransi dan perpaduan kaum dalam kalangan warga UM yang berbilang kaum dengan melibatkan diri dalam Kongres Maruah Melayu telah mencemarkan kepimpinannya di universiti berkenaan,” katanya.

Selasa lalu, UM membuat laporan polis berhubung tindakan seorang graduan kejuruteraan awam yang mengangkat plakad tertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ di hadapan tetamu dan pentadbir tertinggi UM semasa sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59.

UM berkata, kelakuan graduan berkenaan biadab dan tidak dapat diterima sama sekali.

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan biadab: UM buat laporan polis

Graduan biadab: Petisyen tuntut UM tarik balik ijazah

[VIDEO] Biadab! Graduan protes di pentas konvo


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus