Azmin ucap takziah mangsa kemalangan di Turki

Azalan disahkan maut dalam nahas bas di Turki.
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan takziah kepada keluarga Azalan Miswan yang terkorban dalam kemalangan di Turki semalam.

Azalan dan isteri antara 35 peserta rombongan yang terdiri daripada kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ke negara itu.

Selain itu, 10 lagi dilaporkan cedera dalam tragedi berkenaan.

“Saya dukacita dengan laporan awal bahawa seorang rakyat Malaysia yang juga anggota PKNS meninggal dunia dalam kemalangan tersebut sementara 10 orang lagi mengalami kecederaan.

“Saya mengucapkan takziah buat keluarga mangsa kemalangan dan keluarga besar PKNS atas kehilangan tersebut. Semoga mereka dikurniakan kesabaran dan ketabahan untuk menerima ketentuan ALLAH SWT. Saya juga mendoakan supaya mangsa lain segera sembuh dan selamat,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Mohamed Azmin berkata, beliau juga merakamkan penghargaan kepada Kedutaan Malaysia di Turki serta pihak berkuasa tempatan atas bantuan segera yang disampaikan kepada rakyat Malaysia dan keluarga yang terlibat.

Azalan
Azalan

Wisma Putra dalam satu kenyataan mengesahkan insiden membabitkan rakyat Malaysia itu.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku di Afyonkarahisar dan empat daripada mangsa mengalami kecederaan serius.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang rakyat Malaysia maut dalam kemalangan di Turki

PKNS sahkan seorang kakitangan maut