JPJ Negeri Sembilan kutip RM910,563 hasil lelong kenderaan

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Azrin Borhan (tiga dari kanan) bersama pembida terbanyak iaitu tujuh kereta, Hashim Harun, 54, (dua dari kiri) melihat keadaan enjin kenderaan yang dilelong pada lelongan awam kenderaan sita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini.
- FOTO: BERNAMA
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Azrin Borhan (tiga dari kanan) bersama pembida terbanyak iaitu tujuh kereta, Hashim Harun, 54, (dua dari kiri) melihat keadaan enjin kenderaan yang dilelong pada lelongan awam kenderaan sita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini.
- FOTO: BERNAMA
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan merekodkan kutipan RM910,563.00 hasil jualan kenderaan lelong bagi tempoh tahun 2015 sehingga April lalu melibatkan 516 buah kenderaan pelbagai jenis dan jenama.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Azrin Borhan berkata, lonjakan hasil lelongan turut diperoleh daripada siri lelongan pertama tahun ini pada April lalu dengan memperoleh sebanyak RM357,163.00 melibatkan penjualan 57 kenderaan.

“Untuk lelongan siri kedua hari ini, daripada 82 buah kenderaan yang dilelong antaranya kereta, motosikal, van dan lori tangki, sebanyak 17 kenderaan merupakan kenderaan klon.

“Hasil lelongan yang diperoleh hari ini merekodkan kutipan sebanyak RM362,325.00 yang berakhir pukul 3.00 petang tadi,” katanya dalam sidang akhbar lelongan awam JPJ Negeri Sembilan di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai lelongan hari ini, Azrin berkata, jumlah bidaan tertinggi ialah kenderaan Toyota Estima dengan nilai lelongan RM28,000 manakala jumlah bidaan terendah ialah motosikal jenis Suzuki dan Yamaha serta kereta Ford Cortina dalam keadaan lusuh bernilai RM50,” katanya.

Katanya, kenderaan yang dilelong ini merupakan kenderaan yang telah dilucut hak melalui perintah mahkamah mengikut peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Artikel Berkaitan: