Lahirkan pelajar cakna keselamatan jalan raya

Mohd Sofi Abdul Wahab
Mohd Sofi Abdul Wahab
A
A
A

MELAKA - Kerajaan Melaka menyarankan lebih banyak kursus mengenai pematuhan aspek keselamatan sebagai pengguna jalan raya dilaksanakan dalam kalangan pelajar sekolah bagi membudayakan keselamatan jalan raya.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, beliau melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan pelajar sekolah di jalan raya apabila lebih 1,000 kematian direkodkan melibatkan golongan itu dari Januari hingga September 2017, menurut.

“Daripada angka direkodkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman ini sahaja sudah cukup membimbangkan kita semua. Saya bimbang dan memandang berat keselamatan pengguna jalan raya kalangan pelajar yang membawa kenderaan sendiri terutama motosikal.

“Jika inisiatif sebegini (kursus keselamatan jalan raya) diwujudkan, saya yakin bahawa kita dapat melahirkan para pelajar yang sentiasa cakna dan menitikberatkan langkah keselamatan di jalan raya termasuk melakukan pemeriksaan kenderaan mereka secara berkala,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kerjasama sekolah, Jabatan Pendidikan negeri dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya perlu diperhebat bagi menyemai tabiat pemanduan yang baik sekali gus meningkatkan tahap pengetahuan pelajar dalam soal menjaga keselamatan di jalan raya serta sentiasa memastikan mereka memiliki lesen memandu dan cukai jalan yang sah.

Beliau berkata semua pihak perlu menjadikan tahun baharu sebagai tahun permulaan kepada perubahan merealisasikan hasrat mengurangkan statistik kemalangan jalan raya terutama melibatkan pelajar sekolah termasuk pejalan kaki, penunggang, pembonceng motosikal dan pemandu kenderaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: