'Protes tempat lain, bukan di majlis konvokesyen' - PM

Dr Mahathir ditemui selepas merasmikan Forum Pembasmian Kemiskinan untuk Pembangunan Inklusif dan Sejahtera di Malaysia di Mercu UEM hari ini.
Dr Mahathir ditemui selepas merasmikan Forum Pembasmian Kemiskinan untuk Pembangunan Inklusif dan Sejahtera di Malaysia di Mercu UEM hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Graduan boleh menyuarakan sebarang pandangan peribadi, protes dan bantahan mereka di pentas yang lain, bukan di majlis konvokesyen.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, graduan universiti perlu menghormati majlis konvokesyen kerana ia mempunyai protokol, prosedur dan peraturan- peraturan yang perlu dipatuhi serta dihormati.

Menurutnya, jika perkara itu tidak dipatuhi, ia akan bertukar menjadi kekecohan.

"Apa yang akan berlaku jika majlis tersebut dipenuhi oleh individu-individu sebegini yang menunjukkan protes mereka?

“Mereka boleh berdemonstrasi tetapi di tempat lain dan bukannya mengganggu kelancaran majlis semata-mata mahu menunjukkan pandangan-pandangan tertentu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Forum Pembasmian Kemiskinan untuk Pembangunan Inklusif dan Sejahtera di Malaysia di Mercu UEM hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian mengulas tindakan seorang graduan melakukan protes sambil mengangkat plakad di atas pentas sewaktu Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) kali ke-59 Isnin lalu.

Pelajar terbabit yang dikenali sebagai Wong Yan Ke melaung 'ini tanah Malaysia' sambil mengangkat plakad yang tertera perkataan 'Tolak Rasis' dan 'Undur VC' sebaik menerima skrol ijazahnya.

Berdasarkan plakad tersebut, Yan Ke mendesak Naib Canselor UM, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim untuk meletak jawatan kerana didakwa gagal melindungi hak pelajar dan menyelesaikan krisis kewangan universiti itu.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, Pejabat Komunikasi Korporat UM menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan malah satu laporan polis juga telah dibuat oleh pegawai keselamatan UM.

Perdana Menteri ketika ditanya mengenai laporan polis itu berkata, setiap universiti mempunyai peraturan sendiri dan kerajaan tidak mahu masuk campur terlalu banyak dalam urusan pentadbiran universiti.

ARTIKEL BERKAITAN Graduan biadab: UM buat laporan polis

[VIDEO] Biadab! Graduan protes di pentas konvo