Lelaki Indonesia dipercayai rogol tiga beradik ditahan

A
A

BELURAN - Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 24 tahun yang dipercayai merogol tiga beradik yang berumur antara 7 dan 12 tahun di Telupid, Khamis lalu.

Ketua Polis Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, suspek dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu sejak hujung tahun lepas dan perbuatannya terbongkar selepas salah seorang mangsa yang tidak tahan dengan gangguan suspek mengadu kepada ibu saudaranya yang tinggal di sebelah rumah.

Menurutnya, lelaki itu ditahan di Kawasan Ladang Kampung Berayung, Telupid selepas ibu saudara mangsa membuat membuat laporan polis di Balai Polis Telupid pada pukul 10.24 malam 8 Oktober lepas.

"Siasatan awal mendapati suspek merupakan pekerja kebun keluarga mangsa sejak kira-kira setahun yang lepas dan telah diberikan tempat tinggal iaitu di rumah mangsa dan keluarganya," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Kasim berkata, siasatan juga mendapati suspek mengambil kesempatan ke atas mangsa itu kerana tinggal di rumah yang sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Bernama