Anwar beri peluang kepada Tun M memimpin

Anwar mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir selama satu jam, hari ini.
Anwar mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir selama satu jam, hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi ruang untuk memimpin.

Bakal Perdana Menteri kelapan itu berkata demikian di laman sosialnya hari ini susulan isu peralihan kuasa dua pemimpin itu yang kembali diperkatakan.

“Tun Mahathir perlu diberi ruang memimpin dengan dukungan penuh PH dalam jangka waktu yang dipersetujui,” katanya.

Semalam, Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tempoh Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.

Sebaliknya kata Menteri Luar itu, PH cuma membuat keputusan Anwar akan diangkat ke jawatan tersebut selepas Dr Mahathir.

Sebelum ini, beberapa perwakilan Bersatu yang berbahas pada perhimpunan agung parti hujung minggu lalu mengusulkan agar Dr Mahathir dibenar berkhidmat satu penggal penuh.

Dalam perkembangan lain, Anwar turut berkongsi gambar pertemuannya dengan Dr Mahathir selama satu jam hari ini.

“Saya lapor hasil pertemuan dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte minggu lalu dan mohon panduan untuk pertemuan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi minggu depan.

Artikel Berkaitan:

“Persamaan strategi saya dan Tun Mahathir berhubung Singapura dan fokus kepada ekonomi, terutamanya isu kemiskinan,” katanya.