Bekalan air di Hulu Langat pulih 99 peratus

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pagi ini memaklumkan bekalan air di kesemua kawasan Wilayah Hulu Langat yang mengalami gangguan bekalan tidak berjadual sejak Ahad lalu kini telah pulih.

Menurut kenyataan Air Selangor hari ini, hanya beberapa premis yang berada di lokasi tinggi dan di penghujung sistem agihan, yang masih mengalami gangguan bekalan serta tekanan rendah.

Gangguan bekalan air itu berpunca daripada kerosakan sistem elektrikal Loji Rawatan Air Sungai Langat yang menyebabkan isipadu pengeluaran air berkurang.

Pihak Air Selangor memohon maaf atas segala kesulitan, dan untuk sebarang bantuan para pelanggan boleh hubungi talian 15300, atau WhatsApp ke 019-2816793 / 019-2800919. - Bernama

Artikel Berkaitan: