Taktik penyeludup guna 'pengintip' gagal

PGA Batalion 7 Kuantan menemui 610 karton rokok di dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara pagi tadi. (Gambar kecil: Azhari)
PGA Batalion 7 Kuantan menemui 610 karton rokok di dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara pagi tadi. (Gambar kecil: Azhari)
A
A
A

RANTAU PANJANG - Taktik penyeludup meletakkan 'pengintip' di setiap lokasi penyeludupan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa gagal apabila berjaya dihidu Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, tindakan pantas pihaknya berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai penyeludup rokok dari negara jiran melalui Sungai Golok di sini pada jam 4 pagi tadi.

"Dengan penahanan suspek itu, sebanyak 108,240 batang rokok bernilai RM162,360 berjaya dirampas.

"Suspek telah membawa kami ke sebuah rumah di Gua Musang dan hasil pemeriksaan dilakukan, kami menemui 610 karton rokok di dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara yang diletakkan di halaman rumah tersebut," katanya.

Sebanyak 108,240 batang rokok bernilai RM162,360 berjaya dirampas pagi tadi.
Sebanyak 108,240 batang rokok bernilai RM162,360 berjaya dirampas pagi tadi.

Menurutnya, kesemua barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Paloh 2 Gua Musang untuk diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, siasatan awal mendapati bekalan rokok itu diperoleh dari negara jiran untuk dipasarkan sekitar Gua Musang.

"Antara jenama rokok yang dirampas ialah Saat, Tex, Gudang Garam Nusantara, Minna dan banyak lagi," katanya.

Artikel Berkaitan: