Belanjawan 2020 mampu tingkat produktiviti negara

Dr Erwan
Dr Erwan
A
A
A

SUBANG JAYA - Pertubuhan Pedagang dan Peniaga Kebangsaan Malaysia (Perdana) menyifatkan Belanjawan 2020 diyakini mampu meningkatkan kemampanan pertumbuhan ekonomi, daya saing dan produktiviti negara

Presidennya, Datuk Seri Dr Erwan Mohd Tahir berkata, ini kerana belanjawan pada kali ini berorientasikan langkah-langkah terancang yang dirangka bagi mengoptimumkan impak kepada pertumbuhan ekonomi.

"Perdana menggesa semua pihak yang berkepentingan (stakeholders) dan rakyat Malaysia keseluruhannya ikhlas memperinci dan memperhalusi Belanjawan 2020 dalam bentuk Malaysia baharu, milik semua tanpa mengira umur, kaum, agama dan latar belakang.

"Perdana turut menyokong inisiatif yang disediakan bagi penyediaan pinjaman peniaga kecil kepada komuniti lain iaitu Cina dan India berjumlah RM120 juta.

"Dalam situasi terkini perkembangan institusi kewangan dalam negara, Perdana melihat dari sudut positif terhadap usaha kerajaan ini," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, semua pihak diseru untuk menyahut seruan kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional bagi membina kehidupan yang lebih baik dalam arus pembangunan negara.

"Perdana juga ingin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kerana pergerakan positif di dalam arus inisiatif pertumbuhan baru penyertaan keseluruhan dari semua sektor perniagaan dan keusahawanan oleh semua peringkat," katanya.

Artikel Berkaitan: