Peruntukkan RM25 juta lonjak capaian program Food Bank Siswa

No Image Caption
A
A
A

SINTOK - Peruntukan sebanyak RM25 juta untuk mengurus, mentadbir dan memperluaskan program Food Bank ke seluruh negara membabitkan agihan semula 3,000 tan metrik makanan berlebihan yang diderma setiap hari kepada kumpulan sasaran, terutama golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) disifatkan inisiatif yang amat memberangsangkan.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, ini selaras dengan usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperkenalkan program Food Bank Siswa di 20 universiti awam.

Selain itu, katanya peruntukan ini akan memperluaskan program ini ke 123 kampus institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara menjelang tahun 2020.

Menurutnya, peruntukan tersebut membolehkan program Food Bank Siswa, melibatkan tajaan daripada syarikat-syarikat yang menyalurkan lebihan makanan kepada mahasiswa memerlukan, dilaksanakan dengan lebih berkesan.

"UUM sendiri telah melaksanakan program Food Bank Siswa ini pada 16 September lalu di mana sebagai permulaan, ia membabitkan seramai 300 mahasiswa.

“Tidak syak lagi, pengumuman kerajaan mengenai peruntukan RM25 juta ini akan melonjakkan lagi ruang capaian program Food Bank Siswa khususnya dan program Food Bank umumnya, sekali gus akan membolehkan lebih ramai mahasiswa dan rakyat jelata di seluruh negara mendapat manfaat daripada program yang amat bermakna ini," katanya.

Artikel Berkaitan: