Kaka Azraff kini bergelar ibu

Kaka Azraff dan suami timang cahaya mata lelaki - Foto: Instagram Kaka, Adam.
Kaka Azraff dan suami timang cahaya mata lelaki - Foto: Instagram Kaka, Adam.
A
A
A
PENYANYI Kaka Azraff selamat melahirkan cahata permatanya yang merupakan seorang bayi lelaki, di sebuah pusat perubatan pada petang Jumaat.

Berkongsi berita gembira menerusi laman Instagramnya, penyanyi yang baru sahaja tampil dengan single Diamonds ini ternyata tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya bergelar ibu.

“Alhamdulillah with god’s will - I have safely arrived in this world on a rainy Friday, 11th October 2019 at approximately 14:14pm.

“Terima Kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan Kaka dan baby sepanjang pregnancy ini.

“InsyaAllah, we will share more of our beautiful moments of my little prince & I. But for now, I would like to take this time to cherish and soak all these precious moments of my little family. With so much love, thank you all,” luah Kaka.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 30, mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada 14 Disember 2018.

Artikel Berkaitan: