Dr Sheikh Muszaphar bersumpah bumi berbentuk sfera

SHAH ALAM - Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bersumpah atas nama ALLAH mengatakan bentuk sebenar bumi seperti yang dilihat dari angkasa lepas adalah berbentuk sfera.
Pengakuan sumpah itu bagi menjawab ribuan mesej di laman sosial bertanyakan bentuk muka bumi.
Walaupun beliau sebelum ini pernah menjelaskan berserta dengan gambar, namun terdapat golongan yang percaya teori bumi rata atau flat earth masih mempertikaikan fakta itu.
"Dengan nama ALLAH, saya bersumpah bahawa bumi berbentuk sfera seperti mana dilihat oleh saya di angkasa," tulisnya di Instagram miliknya.
Katanya, sukar untuk berdebat dengan mereka yang tidak berpendidikan berbanding yang berintelek kerana golongan pertama itu tidak memahami asas ilmu pengetahuan.
Beliau yang merupakan angkasawan Islam kesembilan telah meneroka angkasa lepas menyifatkan menjadi tanggungjawabnya untuk menceritakan fakta sebenar.
Bekas penyanyi kumpulan nasyid, Suhaimi Saad sebelum ini melaporkan media mendakwa bahawa bumi berbentuk rata, berbanding sfera seperti dikemukakan pelbagai ahli fizik, sains malah pernah mencabar Dr Sheikh Muszaphar untuk bersumpah mengenai pandangan balasnya.
Suhaimi turut bertekad tidak akan menghentikan kajiannya dan akan terus berpegang pada fahamannya, yang antara lain mempercayai bahawa saiz matahari serta bulan adalah hampir sama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi' - Kim Seri
18 Disember 2024 12:59pmSanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Makkah
11 Disember 2024 07:50amBob Janggut tangkap ular senduk kurang dua minit
11 Disember 2024 07:40amStaf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian
05 Disember 2024 10:29amKes Nur Farah Kartini: Jabatan Peguam Negara tolak representasi lans koperal
13 Januari 2026 02:19pmTiga maut, tiga lagi cedera nahas tiga kenderaan
13 Januari 2026 03:01pmTiga rakan sekerja maut, tidak sempat hadiri kursus di Kuala Lumpur
13 Januari 2026 09:43pmBau busuk bongkar penemuan mayat dalam kereta
13 Januari 2026 04:58pm- Iklan -- Iklan -
