Lelaki maut, lori dinaiki terbabas langgar pokok

No Image Caption
A
A
A

BENTONG - Seorang lelaki maut selepas lori yang dinaikinya terbabas sebelum melanggar pokok di Jalan Felda Mempaga ke Felda Lakum di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang itu, mangsa, Mohd Suhaimi Abd Aziz,36, yang beralamat Kampung Kemubu, Kuala Krai, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusuf Unis berkata, mangsa yang juga penumpang lori jenis Hino itu bersama pemandu yang berusia 38 tahun dari arah Felda Mempaga menghala ke Felda Lakum.

Menurutnya, apabila sampai di lokasi kejadian dipercayai lori yang dipandu secara tiba-tiba telah masuk ke dalam lubang.

"Kejadian itu menyebabkan lori terbabit hilang kawalan terbabas ke kanan jalan dan terus melanggar pokok besar di tepi jalan.

"Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal di lokasi kejadian manakala pemandu yang juga mengalami kecederaan sama telah dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya,siasatan lanjut diteruskan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: