Lelaki edar dadah diberkas tepi sawah

Dzulkifli menunjukkan dadah jenis heroin yang berjaya dirampas, semalam.
Dzulkifli menunjukkan dadah jenis heroin yang berjaya dirampas, semalam.
A
A
A

MACHANG - Seorang buruh yang disyaki terbabit dalam pengedaran dadah diberkas di kawasan sawah, Kampung Limau Hantu, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan, Dzulkifli Abdul Ghani berkata, dalam serbuan pada jam 11.30 pagi itu, polis menemui serbuk putih dipercayai heroin seberat 20.54 gram dan 10 biji pil kuda di dalam beg sandang suspek.

"Susulan penangkapan itu, polis turut menyita sebuah kenderaan jenis van milik suspek yang dianggarkan bernilai RM10,000. Empat botol berisi heroin tersebut dianggarkan bernilai RM1,600 manakala pil kuda dipercayai dipasarkan dengan harga RM15 sebiji. Suspek ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Suspek dipercayai mengedar dadah di sekitar Kampung Limau Hantu, Pak Roman dan Gosong. Operasi tersebut melibatkan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang dan Balai Polis Temangan," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Tambah Dzulkifli, lelaki tersebut direman selama tujuh hari bermula hari ini dan siasatan lanjut mendapati lelaki tersebut mempunyai dua rekod jenayah serta positif dadah.

Artikel Berkaitan: