Hazwan, Fadhli Shas turun pangkat ke JDT II

Hazwan, Muhammad Fadhli: Foto: Johor Southern Tigers
Hazwan, Muhammad Fadhli: Foto: Johor Southern Tigers
A
A
A

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) telah meluluskan pendaftaran dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Muhammad Fadhli Shas dan Ahmad Hazwan Bakri ke Johor Darul Ta’zim II (JDT II) berkuatkuasa semalam.

Sebelum ini, peraturan melibatkan perpindahan pemain skuad simpanan menyatakan had umur pemain-pemain tempatan yang dibenarkan untuk berpindah ke skuad utama atau skuad utama ke skuad simpanan harus memiliki syarat sekurang-kurangnya berusia 27 tahun ke bawah.

Bagaimanapun, Ahli Lembaga Pengarah MFL telah membuat keputusan di mana tiada lagi had umur bagi pemain-pemain tempatan untuk bergerak dari skuad utama ke skuad simpanan dalam satu mesyuarat pada 1 Mac lalu.

“Pihak MFL dengan ini meluluskan pendaftaran pemain JDT (pasukan utama) untuk didaftarkan ke JDTII (skuad simpanan).

“Oleh yang demikian, pendaftaran pemain tersebut telah dibuat mengikut peraturan seperti yang telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL.

“Pendaftaran pemain-pemain ini adalah berkuatkuasa pada tarikh surat ini diedarkan,” kata MFL dalam satu kenyataan.

Beberapa permohonan pendaftaran pemain tempatan untuk bergerak dari skuad utama ke skuad simpanan atau sebaliknya sudah diluluskan MFL sebelum ini termasuk permohonan Terengganu FC (TFC) ke TFC II pada 14 Jun lalu seramai 22 pemain.

Artikel Berkaitan: