'Rayer dipelawa masuk Pas'

Rayer dan Che Abdullah Mat Nawi
Rayer dan Che Abdullah Mat Nawi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas mempelawa RSN Rayer (PH-Jelutong) menyertai parti itu sekiranya benar-benar mengagumi bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Pas-Tumpat) berkata, beliau sering kali mendengar ucapan Rayer yang mengatakan bahawa beliau seorang peminat Tok Guru Nik Aziz.

"Masuk Pas kalau suka Tok Guru Nik Aziz," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Rayer menyindir Pas bahawa Tok Guru pernah berpesan agar jangan berkawan dengan UMNO.

"Saya berpegang betul nasihat Tok Guru iaitu jangan sampai mati pun berkawan dengan UMNO.

"Kalau ada maruah jangan kawan dengannya, UMNO seperti ular yang akan mematuk dua kali," kata Rayer.

Membalas kenyataan Rayer berkenaan, Che Abdullah mengingatkannya agar mengambil keseluruhan cara hidup dan nasihat Tok Guru.

"Tok Guru kata jangan kamu mati dalam beriman," balasnya.

Artikel Berkaitan:

Perbalahan itu akhirnya berakhir apabila Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengingatkan kedua-dua pihak bahawa mereka kini di Parlimen.

"Ini adalah perbahasan undang undang bukan perbahasan agama dan dakwah," tegasnya.