Guru maut nahas babit dua kenderaan

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang terjatuh ke bawah tebing selepas terbabit kemalangan. (Gambar kecil, Rohaya, maut dalam kemalangan di Kilometer 60, Jalan Jerantut- Lepar Utara 6 di sini, pagi tadi.) - Foto ihsan bomba
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang terjatuh ke bawah tebing selepas terbabit kemalangan. (Gambar kecil, Rohaya, maut dalam kemalangan di Kilometer 60, Jalan Jerantut- Lepar Utara 6 di sini, pagi tadi.) - Foto ihsan bomba
A
A
A

JERANTUT - Seorang guru wanita maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta lain di Kilometer 60, Jalan Jerantut- Lepar Utara 6 di sini, pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Rohaya Ahmad, 40, yang memandu kereta jenis Proton Wira disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Proton Gen 2, Mohamad Iqmal Abdul Rashid, 23, cedera. Kedua-dua mangsa beralamat di Lepar Utara 1.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu Proton Wira dalam perjalanan dari arah Lepar Utara 3 menghala Lepar Utara 1 manakala pemandu Proton Gen 2 dari arah bertentangan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kedua-dua kenderaan terbabit dipercayai memasuki kanan jalan ketika tiba di lokasi kejadian lalu berlanggar antara satu sama lain.

"Ekoran perlanggaran itu, kedua- dua kereta terbabit terbabas sebelum terjatuh ke bawah tebing kiri dan kanan jalan.

"Dalam kejadian itu, Rohaya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Jerantut untuk proses bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di Hospital Jengka," katanya.

Mazlan berkata, kemalangan meragut nyawa guru itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: