Manifesto PH juga berita tidak benar, kata Ahmad Maslan

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pembangkang hari ini menyifatkan manifesto Pakatan Harapan (PH) adalah berita palsu kerana sehingga kini masih gagal memenuhi janji yang dibuat.

Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) berkata, mengikut janji sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, PH berjanji melaksanakan 10 perkara dalam tempoh 100 hari.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini belum ada manifesto yang benar-benar dipenuhi.

“Bukan sahaja berita tidak benar, ada juga manifesto yang tidak benar. Itu perkara yang menyakitkan dalam negara kita.

"Antara berita palsu yang dijanjikan PH ketika kempen PRU14 ialah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kononnya berlaku penyelewengan di bawah pentadbiran BN," katanya di Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019 hari ini.

RUU itu dibentangkan sekali lagi selepas ditolak Dewan Negara pada September tahun lalu.

Mengulas lanjut, Ahmad turut mempersoalkan janji PH untuk memberikan pendidikan percuma, memansuhkan tol dan menurunkan harga minyak sehingga ada rakyat yang terpedaya.

"Apa yang berlaku? Tidak benar, tidak benar," katanya.

Artikel Berkaitan: