ADUN Bukit Malawati nafi terbabit kemalangan

Juwairiya mengesahkan kemalangan hanya membabitkan staf beliau.
Juwairiya mengesahkan kemalangan hanya membabitkan staf beliau.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Malawati, Juwairiya Zulkifli menafikan beliau terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Guthrie di sini hari ini.

Juwairiya dalam kumpulan WhatsApp media memaklumkan beliau tiada dalam kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux terbabit.

"Alhamdulillah staf saya baik dan saya tiada dalam kenderaan tersebut," katanya.

Juwairiya mengakui terkejut dengan penyebaran berita palsu kononnya kemungkinan berlaku pilihan raya kecil (PRK) di negeri ini selepas beliau terbabit dalam kemalangan.

"Ini lagi saya terkejut. Terima kasih semua yang mengambil berat," katanya.

Sebelum ini tular mengaitkan Juwairiya terlibat dalam kemalangan dan keadaan beliau masih menjadi tanda tanya.

"PRK Selangor? ADUN Bukit Malawati kemalangan sebentar tadi. Berita berkenaan kondisi (keadaan) beliau masih belum disahkan," tulis kenyataan yang tular sebelum ini.

Artikel Berkaitan: