Amaran angin kencang, laut bergelora di Kelantan, Terengganu, Pahang

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60km sejam dan laut bergelora serta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m dijangka melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Sabtu ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia malam ini, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.

Sementara itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50km sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5m dijangka melanda kawasan perairan Johor Timur, Sarawak dan Sabah Barat sehingga tempoh sama.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, kata kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: