Saya diundang hadiri KMM saat akhir, kata Anwar

Anwar
Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau diundang menghadiri Kongres Maruah Melayu (KMM) semalam pada saat akhir.

Menurut beliau, pihaknya mengakui undangan itu dibuat pihak kongres susulan kenyataannya mempersoalkan keputusan beliau tidak dijemput sebelum ini.

Katanya, undangan itu dikemukakan pada petang 5 Oktober lalu namun beliau tidak dapat menghadirinya kerana berada di Port Dickson Negeri Sembilan.

"Saya dapat undangan lambat sangat, petang 5 Oktober saya ada di Port Dickson Negeri Sembilan.

"Sebenarnya saya memang tidak dijemput namun bila saya tanya pihak kongres mengapa tidak dijemput mereka akhirnya mengemukakan undangan rasmi ke KMM lewat petang Sabtu lalu.

"Undangan itu dimaklumkan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) yang ada menelefon saya petang itu tetapi saya ada program di sekolah dan beberapa tempat lagi (di Parlimen Port Dickson)," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: