Dominasi Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing

Tiga pelumba Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing menyapu bersih podium kelas Wira pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 di Litar Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis.
Tiga pelumba Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing menyapu bersih podium kelas Wira pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 di Litar Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis.
A
A
A

PELUMBA pasukan Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing menyapu bersih podium kelas Wira pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 di Litar Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis hari ini.

Mereka menamatkan perlumbaan 12 pusingan itu dengan penyudah 1-2-3 yang menyaksikan Awal Al Fikri Yusni muncul juara dengan catatan masa 9:39.466 saat (s) manakala Md Haziq Rosmaza di tempat kedua (9:46.709s).

Tempat ketiga menjadi milik rakan sepasukan mereka, Md Aliff Danial Md Asri yang menamatkan perlumbaan tersebut dengan catatan masa 9:46.763s.

Ia pencapaian yang amat bermakna buat Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing yang agak kehilangan rentak pada awal saingan musim ini. Ternyata beberapa kelemahan yang mereka lalui sebelum ini telah mematangkan sikap barisan pelumba bimbingan pengurus, Sivanesan itu.

Keadaan litar yang agak licin ekoran hujan lebat ternyata tidak mengganggu rentak tunggangan anak-anak buah Sivanesan yang kelihatan sangat stabil mengharungi perlumbaan di litar sejauh 0.949 kilometer (km) itu.

Prestasi jentera mereka stabil dan setiap selekoh ditawan dengan baik meskipun mereka dilihat tetap berhati-hati melakukan ketika melakukan asakan.

“Ia pencapaian yang sangat memuaskan kerana para pelumba tahu apa yang perlu dilakukan ketika berada di gelanggang. Saya berharap kemenangan ini akan terus membakar semangat para pelumba bagi mengharungi baki saingan musim ini,” jelas Sivanesan.

Selepas berakhirnya Pusingan 7, Aliff yang sebelum ini muncul juara Pusingan 2 (Pulau Pinang) dan Pusingan 5 (Terengganu) kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan meraih 111 mata.

Artikel Berkaitan:

Pelumba pasukan MOS William #LLRKS CYT Racing, Md Zaki Ahmad Zamri di tangga kedua dengan 110 mata diikuti Md Haziq yang merekodkan 75 mata.