Seorang maut, kereta terbabas langgar pokok

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas lalu melanggar pokok di jalan berhampiran Shell Donggongon dekat sini hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, Michnathaniel Wong, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di dalam kereta berkenaan.

"Dua lagi lelaki yang turut menaiki kenderaan berkenaan cedera ringan. Mayat Wong kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.

JBPM Sabah mendapat panggilan berhubung kejadian itu jam 5.56 pagi dan lima anggota bomba terlibat dalam operasi membantu mengeluarkan mangsa kemalangan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: