Nor Azam terlepas dua aksi penting

Nor Azam (kiri) terpaksa melupakan hasrat membantu skuad negara. - Foto Facebook FAM
Nor Azam (kiri) terpaksa melupakan hasrat membantu skuad negara. - Foto Facebook FAM
A
A
A

TONGGAK tengah Harimau Malaya, Nor Azam Abdul Azih terpaksa melupakan hasrat membantu skuad kendalian Tan Cheng Hoe berdepan dua aksi penting apabila perlu memberi tumpuan kepada proses pemulihan kecederaan buku lalinya.

Skuad Harimau Malaya bakal mengharungi aksi persahabatan bertemu Sri Lanka Sabtu ini sebagai persediaan perlawanan ketiga kumpulan G berdepan Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium My Dinh, Hanoi Khamis depan.

Nor Azam yang mengalami kecederaan buku lali kaki kanannya ketika tewas 1-2 kepada Emirah Arab Bersatu (UAE) bulan lalu mengakui keadaannya masih sama dan tidak serius cuma bengkak selepas berlari.

“Untuk aksi dengan Sri Lanka saya rasa mungkin tak sempat. Begitu juga Vietnam sebab beberapa hari lagi perlawanan itu akan berlangsung di Hanoi. Apa yang saya perlu lakukan ketika ini cuma fokus pada fisioterapi dan berehat.

“Memang terkilan tetapi kalau ikutkan banyak lagi perlawanan selepas Vietnam dan saya akan buat yang terbaik kerana saya masih belum berpuas hati dalam dua perlawanan sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Padang Majlis Sukan Negara semalam.

Mengulas lanjut, pemain berusia 24 tahun itu turut merasakan tekanan apabila gagal membantu skuad negara ketika keringatnya amat diperlukan terpaksa akur dengan kecederaannya itu.

Justeru, beliau mengharapkan rakan sepasukannya dapat fokus kedua-dua perlawanan itu dengan meletakkan sasaran kemenangan ke atas Sri Lanka.

“Kemenangan ini penting bukan sahaja buat pasukan bahkan juga pemain baharu agar mereka lebih yakin bertemu Vietnam,” katanya.

Artikel Berkaitan: